MAJLIS PERLANCARAN RUMAH SELANGORKu - MAY 2016



Salam Uolss... ni hakak nak habaq ni Esok ni pakaat mai ramai-ramai satu bas p Pelancaran & Pendaftaran Rumah SelangorKu. Mana nak cari rumah harga RM150,000.00 - RM200,000.00 zaman sekarang ni hoiiii. ni kalau dapat ni pun syukur Alhamdulillah la kan, tu siapa2 yang masih belum ada rumah tu boleh la mai esok Tau ! makesure mai awai pagi, standby sama PAyung, tikaq mengkuang, Topi pantai, pelampung, swimsuit, sandwich ka mee goreng ka, ehhhhhh Over plak hakak ni, hahahha ampa pandai2 laa bawak apa patut esok kot panas or hujan bleh juga berteduh bawah payung. kot x larat berdiri buleh lepak2 jemoq2 badan dok atas tikaq. kot lapaq buleh makan sandwich.. haaa gituu... ok??

ni akak kasi sekali detail location perasmian esok ni. kalau tak jumpa silalah WAZE yeeee.

=======================================

Kami dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa Worldwide Holdings Bhd dengan kerjasama Lembaga Perumahan Hartanah Selangor akan menganjurkan Majlis Pelancaran & Pendaftaran Rumah SelangorKu pada tarikh dan masa seperti berikut :

Majlis Pelancaran & Pendaftaran Rumah SelangorKu

Tarikh : 7 Mei 2016 ( Sabtu )
Masa : 09:00 am
Tempat : Tanah Lapang bersebelahan Sek.Kebangsaan Subang Bestari Seksyen U5, Shah Alam.
Perasmian oleh : YAB Datuk Seri Mohd Azmin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor

=======================================




Ampa esok sebelum kluar rumah tu baca p laa doa apa patut kot la mana nak tau rezeki ampa buleh dapat rumah mampu milik SelangorKu ADURIA & MUSYTARI. haa gitu nama dia over tak? ape2 la naakk janji rumah kan. Vogue sangat ! ok lah sayang. esok kalau jumpa hakak kat sana Hello-Hello sua Milo laaa yeeee..

moga berjaya uolss ! muahciked !
k Bai.



Comments

Cerita Hot