TIPS SUKAR TIDUR MALAM



Malam-malam jadi burung hantu
kebelakangan ni aku susah nak tidur malam, sedar tak sedar dah masuk 3 bulan susah nak tidur malam lesu je siang hari. fikiran pun stress dengan macam2 hal.
Doctor Norashikin dari Klinik An-Nur ada bagi aku tips untuk tenangkan fikiran supaya dapat tidur nyenyak. so aku nak share tips ni mana la tahu dpt membantu.

Ambil Makanan Yang Tinggi Kandungan Melatonin
Doctor pesan supaya aku lebihkan hormon Melatonin dalam badan supaya dapat membantu masalah susah tidur malam. sb mostly ubat tidur yang lain jual dkt farmasi semuanya mengandungi Melatonin.
Hormon Melatonin ni ada terdapat dalam tumbuhan Buah-buahan serta haiwan. terdapat jugak pil supplement yang dijual di farmasi terutama pada sesiapa yang malas nak makan buah-buahan semua ni kan...
mcm aku pulak, aku prefer makan sumber yang mengandungi Hormon Melatonin antaranya ialah :

1) CHERRY
Nak buah segar, manis, ranum elok korang boleh beli dekat Supermarket yang jual Buah buahan import. aku selalu stock-up groceries dekat Jaya Grocer, so nak dapatkan sayur & buah segar mmg mudah. Cherry US/UK mmg sedap manis,, simpan lama dalam fridge pun masih elok sb Cherry mmg jenis tahan lama. actually Melatonin dalam Cherry adalam sumber yang asli. mmg boleh membantu korang untuk tidur nyenyak dan relax. Doc pun ade pesan sebelum tido selepas dh selesai buat semua tugas rumah, mandi, relex kemudian makan Cherry atleast 1 jam sebelum masuk tidur. insyaAllah korang blh tidur nyenyak..

2) PISANG
Semua orang tahu dalam Pisang ada zat Potassium dan magnesium yang dapat membantu menenangkan otot2 kita. Rupanya body kita ni kalau muscle kita letih automatik otak akan bg tindak balas pada tubuh dan menyukarkan utk kita tidur malam. jadi bila Otot tubuh kita dalam keadaan rileks baru lah kita mudah tidur. Selain itu, pisang juga dikatakan mengandung amino acid L-tryptophan, sebuah bahan yang akan menghasilkan 5-HTP di otak. 5-HTP itu sendiri kemudian akan menjadi hormon serotonin dan Melatonin secara alami.. hurm baru aku faham

3) SUSU
Doc Ashikin cakap Susu pun antara sumber yang kita blh dapatkan Zat Melatonin. kalau boleh amalkan minum susu sebelum tidur, supaya tidur akan lebih mudah dan nyenyak.. sb tu kalau tgok cite omputih asal malam je mak masuk bilik hntar Secawan susu untuk anak minum sebelum tidur. hehehe yg kita ni pulak langsung x amalkan. mcm aku ni mmg x amalkan pun sb takut sengkak minum susu pastu terus tidur. ade yang ckp takut Gemuk kalau mnum susu tengah malam eh! rupanya malam2 kita tidur pun kita sedang membakar kalori tauuu... heheheh so nampaknye aku dah kena amalkan minum susu la lepas ni.

4) NASI
Orang yang susah tidur ni rupanya kena makan nasi malam. korang xblh nak diet tak menentu yea sb setiap badan orang lain-lain.. jenis yg susah tidur ni korang mmg kena ambil Nasi sebagai menu Dinner. sumber yang sama dengan Nasi mcm Roti Putih ke, Oat meal ke, sebabnye Kandungan karbohidrat di dalam makanan dapat memancing produksi insulin di dalam tubuh. tapi kena pandai2 la pilih sumber karbo yang bersesuaian. jangan berlebihan sudah leeeee wak.
dan please make sure sebelum tidur tu perut kita dalam keadaan Kenyang dan tidak lapar, sebab emosi akan terganggu bila kita resah perut berbunyi mintak nasi. itu a punca x dapat nak tidur. OK ! hehe


Tips sampingan semasa diawal pengambilan Melatonin

1. Tutup lampu dan biar bilik dalam keadaan gelap gelita.
2. Telangkupkan HandPhone supaya cahaya screen Phone tidak mengganggu anda.
3. Silentkan Phone

Setelah selesai minum susu dan tutup lampu, disarankan untuk terus pejam mata dan tidur sebaik saja pengambilan Melatonin. kerana Ia akan terus bertindak balas dan cuba untuk tiada gangguan.. ini kerana apabila fikiran terganggu dengan cahaya or bunyi, Hormon Melatonin tersebut akan berhenti bertindakbalas dan anda akan susah untuk tidur.

=========

Hurm baru aku tahu pasal Melatonin ni... hehehe Harap2 dapatlah membantu masalah susah tidur ni. aku sekadar share ilmu apa yg Doc sampaikan pada aku.. kalau korang ade kenal mana2 individu yang ada masalah susah tidur ni blh laa sampaikan ilmu ni pd mereka ya.. kita sama2 dpt ilmu dan pahala.
wallahualam..



Comments

Cerita Hot